Friday, July 7, 2017

Cara Buat Duit Dari Rumah Melalui Involve Asia Affiliate Program

Anda nak tahu bagaimana cara buat duit dengan mudah dari rumah? Meh saya kongsi sikit.. saya pun masih baru dengan program nie.. Affiliate Program.. Affiliate Program ni adalah sejenis program Ecommerce Marketing. Melalui program ni kita boleh dapat duit dengan mempromosikan laman e-dagang tertentu seperti Trivago, Lazada, Esystore, Agoda, Hotels.com dan banyak lagi. Perlu ada handphone atau desktop atau laptop siap internet.. dan yang penting TANPA MODAL.. free of charge.. Kalau ada blog lagi mudah.. just buat entri berkenaan laman e-dagang tertentu di dalam blog dan sediakan link untuk memudahkan pengguna.

printscreen laman web Involve Asia

Caranya daftar akaun anda di laman web Involve Asia.. ini link nya Mendaftar Involve Asia. Dah mendaftar kena setup akaun melalui "Account Setting". Cara untuk cari dan dapatkan link laman e-dagang, click "Browse Merchants". Senarai laman web dan commision yang laman e-dagang tawarkan akan dipaparkan. Pilih laman e-dagang apa yang anda nak promote, kemudian click "Get link" dan kemudian click "Generate". Contoh nya jika anda pilih Lazada (MY), komisen yang akan diberikan adalah 12.00% apabila pembeli membuat bayaran. Kalau pembeli buat bayaran RM 100 anda akan dapat RM 12 kerana mempromosikan Lazada (MY) kepada pembeli. RM 12 memang sikit.. tapi kalau sepuluh orang yang beli barang RM 100? Anda akan dapat RM 120. Banyak kan boleh dapat? Kerjanya cuma mempromosikannya sahaja..

contoh cara dapatkan link dari Lazada (MY)

Mudahkan caranya? Ada banyak lagi laman e-dagang yang menawarkan peratus komisen yang berlainan. Boleh pilih yang mana anda suka untuk mempromosikannya. Selain blog, promosi boleh juga dilakukan di facebook. 

Selain mempromosikan laman e-dagang lain, anda juga boleh mempromosikan laman Involve Asia sendiri iaitu dengan menambah referral. 5.00 % komisen dorang akan bagi untuk setiap referral yang anda dapat. Anda boleh cuba sendiri.. Boleh dapat income tambahan.. :)

Thursday, July 6, 2017

Merasai Sendiri Pengalaman Menaiki Keretapi Di China

Source: wikipedia

Di Negara China, keretapi merupakan antara pengangkutan utama untuk bergerak daripada satu wilayah ke wilayah lain. Ini kerana ia dapat menjimatkan wang dan lebih mesra pengguna.. Syarikat keretapi di China menawarkan beberapa jenis tempat duduk seperti hard seat, soft seat dan sleeper seat pada harga yang berlainan. Tiket boleh ditempah secara atas talian melalui beberapa laman web seperti ChinaHighlights, Chinatour.net atau Ctrip.




Ada beberapa pilihan untuk mendapatkan tiket samada mengambil tiket yang telah ditempah di stesen atau penghantaran ke hotel-hotel pada kos yang berlainan. Ketika saya melawat tiga wilayah Beijing-Zhengzhou-Xi'an di Negara China pada tahun 2014, saya juga telah memilih pengangkutan keretapi sebagai pengangkutan untuk bergerak daripada satu wilayah ke wilayah lain..

Menaiki Keretapi Dari Beijing ke Zhengzhou

Saya dapatkan tiket di stesen keretapi walaupun dah buat tempahan dengan Ctrip.. ya lah.. masa tu tak percaya sangat dengan website2 nie.. saya tempah dengan Ctrip tanpa buat bayaran, ini bermakna tiada jaminan tiket tu saya punya.. saya bawa tempahan saya tu ke stesen keretapi dan tunjukkan kertas tempahan yang saya print.. penjual tiket tu carikan tiket untuk saya dan saya buat bayaran di situ.. yang lecehnya saya terpaksa beratur panjang lebih 30 orang di hadapan saya dengan beberapa barisan lain di kiri dan kanan saya penuh dengan pelanggan lain yang sedang menunggu giliran untuk beli tiket.. dah tu satu hal saya nak cari stesen tempat nak beli tiket rata2 saya tanya jurujual di kedai2 berhampiran dan beberapa orang tempatan yang saya jumpa semuanya tidak dapat membantu kerana masalah bahasa... main isyarat2 je.. nasib baik saya bawa kertas yang saya dah tulis dalam tulisan cina perkataan "火车票" yang bermaksud tiket keretapi dan destinasi yang saya nak pergi.. sangat2 membantu.. nak harapkan saya bertutur bahasa mandarin orang tak faham.. saya cakap sepatah orang balas 10 patah, dua atau tiga perkataan je saya faham.. belajar bahasan mandarin sampai 4 semester tapi cakap pun tahu sepatah dua je.. teruk kan?.. haha..

pengalaman menaiki keretapi di china
saya dapatkan tiket di bangunan berdekatan stesen ni..


Tiket kami untuk ke Zhengzhou pada pukul 10:00 malam. Ambil tiket malam senang.. boleh tidur je.. Tepat 8:00 malam pada hari berkenaan kami dah ada di stesen keretapi menunggu masa untuk berlepas ke Zhengzhou.. pertama kali berada di stesen keretapi di China.. ramai sangat orang cina nie.. kat mana2 tempat penuh dan sesak.. masa kami sampai di tempat menunggu dalam stesen keretapi ni tak ada tempat kosong pun untuk kami duduk berehat.. suasana pun tersangatlah bising dan sampah sarap dilihat merata2 di sekitar kawasan tempat duduk nie.. boleh tengok juga orang meludah sana-sini di atas lantai di tempat menunggu nie.. berbeza sangat dengan Malaysia.. saya menghargai rakyat Malaysia kerena lebih berhemah dan beradab.. :P... seingat saya, saya ada tangkap gambar suasana di stesen keretapi ni tapi tak jumpa lah pulak.. nanti kalau jumpa saya upload..

Kerana perut yang tersangat lapar, jadi kami pergi beli mi segera di kedai berdekatan dan cari tempat duduk.. tak ada kosong juga.. last2 nampak ada beberapa warga  tempatan makan di tangga di tepi sebuah restoran.. bila mereka beredar, kami duduk di situ.. baru nak buka makanan tiba2 pekerja restoran tu menegur kami dan tak benarkan makan di situ.. dan di membawa penyapu bersama.. ingat nak pukul kami.. rupanya dia nak cuci tangga tu sebab orang yang makan sebelum kami tu dah kotorkan lantai dan buang sampah disitu.. jadi kami bangun dan beredar dari tangga tu dan makan berdiri lah kami di stesen keretapi tu..

Tepat 9:45 malam dah tiba masa kami untuk menaiki keretapi.. orang ramai pun dah mula beratur.. urusan semakan tiket untuk menaiki keretapi lancar dan kami dibernarkan menaiki keretapi. masa tu boleh tengok macam2 ragam penumpang bawa barang2 masuk keretapi.. ada yang memikul guni, ada yang mengheret bungkusan, ada yang mengheret beg, ada yang main campak je beg menuruni tangga dan ada juga yang luncurkan beg di atas besi pemegang tangga dan last2 kena tegur dengan pengawal di situ.. penumpang menuju ke gerabak masing2.. kami masuk gerabak dan mencari tempat duduk mengikut nombor yang telah diberi tapi malangnya ada orang lain yang duduk di tempat kami.. bahagian simpanan barang di bahagian atas tempat duduk kami juga diisi barang orang lain.. siap guni bagai.. tak ada ruang untuk kami letakkan barang..

pengalaman menaiki keretapi di china
bahagian simpanan barang dalam keretapi

Suami berunding dengan perempuan dan lelaki yang duduk di kerusi kami dan dia memberikan ruang kepada kami tetapi meminta untuk menukar tempat duduk sebab dia nak duduk bersebelahan pasangan.. kami setuju.. dia juga yang tolong kami letakkan barang di bahagian simpanan barang.. apa yang dia buat, dia alihkan guna entah siapa yang punya dan kemudian beri ruang untuk kami letakkan barang.. tak lama lepas tu masuk petugas keretapi dan marah2 sebab guna tadi terjojol keluar.. empunya guni pula marah2.. saya pandang lelaki yang tolong kami tadi dan dia senyum.. saya pun buat tidak tahu je lah.. buat2 tak faham..

penumpang tanpa tempat duduk





Kurang 24 Jam di Battambang, Kemboja


Kurang 24 jam berada di Battambang, Kemboja.. tapi kenangannya setiap saat buat saya tersenyum.. entah kenapa.. sebab suasana kampungnya atau suasana petang yang buat hati rasa sayu sunyi atau sebab berada di sana pada masa yang amat singkat.. Kami bertolak daripada Siem Reap pada 15 Mac 2017 pukul 9:00 pagi dengan menaiki bas. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke destinasi. Tak ada apa yang menarik sangat nak dikongsi berkaitan pengalaman menaiki bas daripada Siem Reap ke Battambang..  Tambang bas berharga USD 6 hingga USD 9 per person. Boleh pilih pelbagai jenis kenderaan samada bas, minibus, van atau VIP van pada harga yang berlainan.Tiba di destinasi pada pukul 2 petang lebih lewat daripada yang dijangka iaitu pukul 1:30 ptg.. sampai sahaja di perhentian terakhir bas kami, ramai pemandu tuk2 sedang menunggu pelanggan dan itu dah buatkan saya tak nak turun bas.. saya dah bangun daripada tempat duduk dalam bas tapi sampai depan pintu saya pergi duduk semula di tempat tadi.. tak suka suasana macam tu.. bila semua orang dah turun saya yang terakhir turun dan terus lari ke belakang bas nak elak daripada di sapa pemandu tuk2.. sebabnya hotel yang kami tempah tu dah hantar pemandu tuk2 untuk fetch kami di situ.. dengan yakin datang seorang lelaki berwajah ala2 cina dengan sekeping kertas tertulas "Royal Hotel" "Asia Hotel" dan beberapa hotel lagi.. saya terus mengangguk dan kami ikut dia nak tuk2... perasaan saya masa tu tak rasa macam berada di kemboja. beliau memperkenalkan diri sebagai Mr. Titi.. Mr. Titi iaitu pemandu tuk2 yang jemput kami berwajah cina sebijik macam wajah2 orang Malaysia. saya tak rasa asing dengan dia mungkin sebab dia sebaya saya, peramah dan wajahnya yang agak familiar...

Sesampai je di hotel Mr. Titi menawarkan perkhidmatan tuk2 nya untuk menghantar kami ke tempat pilihan yang bersesuaian dengan masa kami. kami hanya ada setengah hari sahaja di Battambang untuk membuat lawatan di tempat2 menarik di situ.. saya bersetuju untuk mengambil pakej yang ditawarkan dengan harga USD 20 untuk merasai pengalaman menaiki Bamboo Train, melawat Killing Caves, Bukit Phnom Sampov dan melihat jutaan kelawar keluar pada pukul 7:30 malam daripada Bat Cave. Berbaloi sebab dia aturkan masa yang ada sepadat mungkin kerana lawatan kami akan bermula pada pukul 2:30 ptg..


Merasai Keseronokan Menaiki Bamboo Train di Battambang


Di stesen Bamboo Train.. Yang sedang berjalan tu En. Titi

Di Battambang, aktiviti santai yang paling popular di sini ialah Bamboo Train. Caj USD 5/person/return untuk perjalanan sejauh 8 km pergi dan balik. Tip untuk driver Bamboo Train pula bagilah USD 1. Bamboo Train ni akan berhenti di tempat jual-jual perhiasan dan pakaian dan kemudian patah balik semula ke stesen mula-mula tadi. Boleh cuba yer.. Serius menyeronokkan. Kat bawah tu gambar sepanjang perjalanan menaiki keretapi buluh ni..

Orang Perancis berbual dengan budak2 Kemboja


Train bertembung.




Trek keretapi.. 4 km panjang nya






Bila kami sampai di penghujung laluan keretapi ni.. mereka rehat 15 minit di sana.. masa tu kami ambil peluang untuk meninjau kawasan kedai2 yang ada disitu.. jumpa satu kedai makcik ni dan kami lepak di situ sambil minum air kelapa.. 1 biji USD 1.. kami borak2 dengan makcik penjual tu yang memulakan perbualan dengan bertanyakan kami daripada mana dalam bahasa Khmer tapi kami masih juga jawab dalam English.. dapat agak sikit2 apa yang ditanya.. dia ketawa sebab ingatkan kami orang Khmer.. kami dah terbiasa begitu kerana sepanjang di Siem Reap pun orang tersilap ingat kami ni sebangsa dengan mereka... Bila dah cukup 15 minit driver train tadi panggil kami juga dalam bahasa Khmer.. makcik tadi tolong cakap dalam bahasa Khmer bahawa kami bukan bangsa Khmer.. respon pemandu tadi sama macam makcik penjual kelapa tu.. ketawa.. kemuadian makcik tadi terjemahkan perbualan mereka kepada kami dan beritahu kami yang masa untuk balik ke stesen dah sampai.. persoalannya adakah betul Melayu dan Khmer ni bukan sebangsa?? haha.. raut wajah memang sama..



masa tengah tunggu pemandu siapkan train untuk kami naik, makcik dengan basikal (gambar kat atas) ni pula menyapa kami dalam Bahasa Khmer.. tapi saya jawab "We are from Malay".. makcik tu bertanya lagi tapi saya tak faham.. kemudian ada seorang budak perempuan mungkin berusia 4 atau 5 tahun bertanyakan kepada kami "do you speak Khmer?" Saya jawab "No". Budak kecil tu yang terjemahkan kepada makcik tadi.. Kagum tengok budak sekecil tu petah berkomunikasi dalam bahasa inggeris.. :) kami menaiki train ke stesen train.. sesampainya di sana ada seorang lelaki bertanyakan kepada kami menggunakan bahasa Khmer lagi.. kami senyum je.. kemudian kedengaran pemandu train menyebut "... Malay...". kemudian lelaki tu mengajukan soalan dalam bahasa inggeris.. "do you happy with the experience?" kami jawab "yes!" ala2 budak tadika gitu.. kemudian dia cakap "tip the driver".. la.. nak mintak tip rupanya.. haha..

Meneruskan Perjalanan ke Killing Caves, Bukit Phnom Sampov dan Bat Caves

En. Titi membawa kami ke tempat seterusnya menaiki tuk2.. merasai angin petang di Battambang ni betul2 menggamit perasaan saya.. perasaan suami dan anak saya tak tahu.. saya pandang anak saya yang sedang menyusu dan melihat pemandangan sekeliling.. sukar untuk digambarkan.. seolah2 ada sesuatu yang buatkan hati saya rasa sayu... tapi serius.. saya rindukan perasaan itu.. saya cuba rungkaikan kenapa perasaan tu hadir masa saya berada di Battambang sahaja?? hmmm...

Sesampai di kaki bukit En Titi mencadangkan kepada kami supaya mengambil perkhidmatan Jeep untuk bawa kami ke atas bukit untuk ke Killing Caves dan Phnom Sampov sebab kami bawa anak kecil dan bukit tu agak curam.. saya setuju dan En. Titi tolong beritahu makcik penjual tiket yang kami sekeluarga nak guna jeep.. saya tak faham apa yang En Titi beritahu makcik tu.. makcik tu dengan yakin berkomunikasi dengan kami menggunakan bahasa Khmer dan saya dah tentu tengok saja dan senyum sebab tak faham.. kemudian En Titi tanya kami "do you understand?.. saya jawab "No.".. makcik tu dengan tidak semena2 cuba nak pukul En Titi tadi.. haha.. saya pun tergelak masa tu.. rupanya En Titi tak beritahu yang kami bukan bangsa Khmer.. dia suruh makcik tu berurusan sendiri dengan saya dengan bahasa Khmer..

En Titi beritahu saya tambang jeep adalah USD 15 satu jeep dan saya setuju.. saya masih ingat lagi macam mana En Titi layan kami.. sangat baik dan berhemah... En Titi hanya berkomunikasi dan bincang apa2 dengan saya bukan dengan suami sebab suami tak nak berbahasa inggeris.. segala keputusan saya yang tolong buatkan dan suami ikut je.. dah bayar semua ada jeep sampai dan kami menaiki jeep ke atas bukit.. saya lupa nama pemandu jeep nie.. tiba2 datang seorang pakcik Khmer ni yang sedang terlalu teruja bila dapat tahu kami dari Malaysia, siap bercerita yang dia ada kenal seorang jurutera daripada Malaysia yang pernah sampai ke sana sampaikan jeep kami dah nak gerak pun dia tak berhenti bercakap, jeep dah gerak pun masih lagi kedengaran suara dia bercerita.. kami senyum je sambil dengar walaupun dah makin jauh.. mungkin sebab dia jarang jumpa orang Malaysia datang ke tempat tu kot.. ramai mat salleh je.. bila dah jauh ckit je tu dari tempat tadi pemandu jeep tu cakap "I'm very surprised that Malay are very similar with Khmer. I thought both of you are Khmer".. macam biasa.. kami senyum je.. dan saya pun nak cakap.. pemandu jeep ni muka sebijik muka Melayu.. memang sepanjang perjalanan saya perhatikan dan lihat bangsa Khmer ni wajahnya dan warna kulitnya sebijik Melayu...






berdekatan watt




Killing Caves





bahagian atas bukit..

 ada satu tempat di atas bukit yang disediakan kerusi untuk pengunjung duduk dan berehat sambil menikmati pemandangan Battambang.. akan ada orang yang akan panggil pengunjung supaya memberikan sumbangan.. mungkin untuk kuil atau apa saya tak tahu.. kami juga disapa untuk kesana dan kami pergi kemudian lelaki Khmer merangkap pakcik bertutur dalam bahasa Khmer lagi dengan kami.. saya jawab "Malaysia".. dia balas.. "Malaysia.. Cambodia.. yaa.. ya...".. kami senyum kemudian ketawa...  selesai semua tempat tu kami turun kebawah dengan menaiki jeep tadi dan lepak di kedai untuk tunggu waktu keluar keluar gua pada pukul 7:30 mlm...


ruang menunggu sambil minum2.. ada makanan dan air dijual


sedang menuggu kelawar keluar

mat salleh paling ramai..

selesai semua tu En. Titi datang ambil kami dan waktu tu sekitar pukul 8 mlm dan kami di bawa pulang ke Hotel.. balik, makan dan berehat untuk meneruskan perjalanan ke Phnom Penh keesokan harinya..

Sunset Dinner Cruise di Sungai Mekong, Phnom Penh - Kemboja


Bercuti ke Phnom Penh tak lengkap rasanya kalau tak cuba naik Cruise round tasik. Di Phnom Penh ada banyak syarikat kapal yang menawarkan pakej pusing tasik dengan menaiki kapal samada pada seharian, semasa makan tengah hari atau semasa makan malam. Kalau ada sape2 yang berminat boleh cuba pakej-pakej ni. Boleh lawati beberapa laman web cruise ni..

http://crocodilecruise.com/index.php?Id=00019

http://www.phoceamekong.com/en/our-cruises/romantic-cruises/sunset-cocktail-dinner-cruise-in-front-of-royal-palace/

http://www.cambocruise.com/en atau facebook Cambo Cruise

Saya tak pernah naik dua yang atas tu tapi pernah ambil pakej daripada  CamboCruise. Sunset Dinner Cruise. Yang phocemekong kapalnya agak menarik, cantik dan besar cuma dia tak ada sediakan makanan halal untuk dinner. Kalau CamboCruise dia ada sediakan makanan halal tapi kena request awal-awal. Tapi untuk sape2 yang rasa was2 dengan kehalalan makanan mereka jangan ambil pakej dengan dinner. Ambil pakej Sunset Dinner Cruise tanpa makanan malam. Murah pun murah.. USD 15 je seorang. Dalam CamboCruise ni nanti akan ada penghibur yang memainkan muzik tradisional.. Boleh layan sambil menikmati pemandangan tebing tasik dan matahari terbenam.


Kalau sape2 yang nak feeling romantik ala2 ombak rindu dengan pasangan tu boleh cuba. Masa kami naik CamboCruise ni memang tak ramai orang.. Ada kurang 20 orang dalam cruise tu tak termasuk pekerja. So, memang seronok la.. dapat merasai suasana petang yang tenang, sunyi dan mendamaikan..




berborak dengan penumpang dari Perancis



Yang bestnya CamboCruise ni, dia ada sediakan pengangkutan untuk ambil semua pelanggan dia di hotel-hotel atau guesthouse sekitar bandar Phnom Penh. Free of charge.. Tuk-tuk akan datang ambil dalam pukul 4:30 p.m di hotel..  Balik dari cruise ni kami jalan kaki je... lepas tu jumpa Night Market.. baru tau rupanya dekat je tempatnya dengan hotel yang kami inap.

Pemandangan dari tasik

kapal lain lalu..

pemandangan dari dalam kapal

Kalau tentang makanan pula, menu makan malam biasa2 jer.. ayam bakar.. tak sedap sangat.. sekadar nak isi perut boleh la.. Air kena beli sendiri yer.. dia hanya bagi segelas air sahaja masa mula2 naik.. jus oren.. kalau habis kena order dan bayar.. Pakej dengan makan malam USD 24 seorang. Bagi saya, ia agak tak berbaloi sebab tak seberapa menyelerakan.. lagi sedap makanan di Night Market.. Tapi saya layan makan je.. dah ambil pakej termasuk makan malam tak kan nak tolak kan.. hehe.. Round tasik ni selesai sekitar pukul 8 malam.. lepas tu boleh balik ke hotel masing-masing.. :)

Wednesday, July 5, 2017

Persediaan Melawat Negara CHINA Tanpa Ejen Pelancongan

Entri saya ni sekadar perkongsian sahaja kepada sesiapa yang nak tahu. Saya pasti ramai yang dah sampai ke negara China samada secara sendiri atau melalui ejen pelancongan. Cara mudah untuk melancong atau bercuti adalah dengan menggunakan khidmat ejen pelancongan. Cuma perlu keluarkan duit, bayar dan ikut sahaja itinery yang telah disediakan. Ada yang kata seronok dan ada yang tak seronok melancong dengan kaedah ini. Saya sendiri pun tidak pernah menggunakan khidmat mana-mana ejen pelancongan ketika bercuti sebabnya boleh jimat bajet dan yang paling penting, saya telah jadikan percutian saya sebagai pengembaraan yang bermakna dalam hidup kerana saya sendiri buat persediaan daripada A hingga Z. Itu pengalaman yang amat bermakna bagi saya. Mungkin lain orang, lainlah pula citarasanya. Ramai yang kata, "beraninya pergi China tanpa ejen. Tak takut kena tipu ke?". Haaa... itulah.. belum cuba belum tahu.. Pada pandangan saya, mengembara sendiri ke China tak adalah susah mana. Serius.. seronok lagi pergi sendiri tanpa ejen sebab jadual kita amat flexible cuma penat sedikit ketika nak buat persediaan supaya perjalanan kita lancar. Saya pernah mengembara ke tiga tempat di China dalam tempoh 2 minggu yang mana semua urusannya saya uruskan sendiri. Kepada yang pernah mengembara lebih daripada dua tempat di negara China jangan mencebik pulak yer.. :P..  Perkara pertama yang kena buat untuk ke mengembara ni saya pasti semua orang dah tahu...

Pastikan tempat dan tempah tiket penerbangan.
Tiket penerbangan boleh ditempah secara atas talian sahaja. Mudah dan cepat. Boleh pilih samada nak yang murah atau mahal. Yang murah dan popular untuk mengembara sekarang ni saya rasa AirAsia lah (AirAsia sila bagi komisen tolong promote nie.. hehe..)
Kalau nak selesa dan ada lebih duit boleh tempah tiket penerbangan Malaysia Airlines.
Malaysia Airlines
http://invol.co/clFF6


Kalau saya, saya hanya akan gunakan khidmat penerbangan AirAsia je. Boleh jimat duit untuk kegunaan lain. Tempat tiket AirAsia pun kekadang bukan selalu murah, silap2 sama mahal je dengan tiket penerbangan daripada syarikat lain. Yang ni kena pandai la.. usha2 promosi...
Satu lagi, kalau rancang nak pergi ke lebih daripada satu Wilayah di Negara China, seelok-eloknya jangan beli tiket pergi balik dulu. Beli tiket pergi sahaja dulu. Dah plan elok-elok nak Wilayah terakhir yang nak dilawati tu, baru beli tiket penerbangan daripada Wilayah tu ke Malaysia. Dapat jimat duit keretapi atau etc. Contoh kalau nak melawat tiga tempat seperti Beijing-Zhengzhou-Xi'an. Tiket penerbangan dari Malaysia beli KL-Beijing dan tiket balik beli Xi'an-KL. Tak payah susah2 nak patah balik.. buat penat je.. habis duit lg..

Tempah penginapan
Nak tempah penginapan boleh juga secara online. Banyak je website yang menawarkan tempahan hotel yang murah dan berbaloi seperti..

Agoda.com
http://clnk.in/eY22




Booking.com



atau boleh juga guna yang ni.. "sudah banyak kali saya cakap, tapi apa maknanya pada anda??" ... TRIVAGO. Guna trivago saya rasa paling senang kot sebab dia boleh bandingkan harga bilik daripada website lain. Saya sendiri tak pernah tempah melalui trivago lagi.. baru usha2 je.. Next time pasti akan guna Trivago ni.. anda boleh cuba..
Saya biasanya booking hotel guna booking.com sebab suka booking tanpa bayaran. Bayar bila dah sampai hotel nanti. Agoda pun ok cuma pernah terkena bila booking guna agoda, harganya lain dengan harga sebenar yang hotel tawarkan. Itu yang tak best. Ctrip pun saya tak pernah guna. Saya hanya guna ctrip bila nak tempah tiket keretapi je. Banyak lagi website yang menawarkan tempahan penginapan secara online. Boleh cuba2 cari...

Tempah tiket keretapi
Kalau nak melancong ke wilayah yang berlainan di China boleh lah menggunakan keretapi. Nak guna penerbangan pun boleh, tapi mahal la sikit kosnya. Keretapi lebih murah dan lebih mesra rakyat... hehe... Boleh bercampur dan lihat sendiri keletah masyarakat di sana. Baru lah betul mengembara.. Tiket keretapi boleh di tempah melalui

Harga tak jauh beza dengan tempahan di stesen keretapi. Yang untungnya, tak perlu beratur panjang di stesen dan boleh elak risiko kehabisan tiket yang pastinya boleh mengganggu rancangan perjalanan kita..
dah tempah semua yang perlu, buatlah jadual pengembaraan anda seterperinci mungkin supaya perjalanan tu lancar. Jangan lupa print semua document dan tempahan yang perlu untuk standby. Visa juga jangan lupa pergi buat awal-awal. Bajet kewangan juga kalau boleh buat perincian awal-awal. Tempat apa yang nak dilawati, berapa bayaran masuk, tambang ke sana dan sebagainya. Yang ni penting sangat untuk bajet kos di sana. Makanan halal di China tak susah nak dapat. Harga pun tak mahal, nasi goreng 14 yuan sepinggan pun boleh kongsi dua orang sebab terlalu banyak macam nak makan dua orang dah2..
untuk travel sendiri ni jangan lupa ambil travel insurance takut berlaku apa yang tak diingini di sana kang susah. Lepas tu aktifkanlah kad kredit/debit untuk kegunaan di luar negara. Penting juga tu.. 😀

Jagung Manis Tanah Sumpahan

Setelah empat bulan berhempas pulas usahakan tanah termasuk tiga bulan untuk tanaman jagung, akhirnya saya kecewa kerana sudah gagal untuk k...