Saturday, January 2, 2021

Jagung Manis Tanah Sumpahan

Setelah empat bulan berhempas pulas usahakan tanah termasuk tiga bulan untuk tanaman jagung, akhirnya saya kecewa kerana sudah gagal untuk kali ke beberapa kali. Kali pertama tanam, saya tanam jagung manis kuning dan hanya gemburkan, tanam da siram anak pokok jagung. Setelah 2 -3 minggu pokok masih lagi berketinggian kurang sejengkal. Semakin lama semakin kuning daun dibahagian paling bawah dan akhirnya berubah kepada perang dan mati. Kemudia saya tanam semula di batas yang sama dan saya ulang proses yang sama tetapi belum sempat dibajai anak pokok mulai kekuningan dan akhirnya mati. Daripada pemerhatian saya, pokok tidak mahu membesar dan daun mulai kuning seawal 2 minggu tanam lagi.

Selepas kecewa dengan prestasi tumbesaran jagung manis kuning, saya mula tanam jagung manis ungu dan saya lihat anak pokok membesar lebih tinggi daripada anak pokok jagung kuning pada usia 2-3 minggu namun sehingga 2 bulan pokok berkenaan masih dengan ketinggian kurang satu kaki dan kemudian mengeluarkan putik bunga. Ini bermakna tumbesaran pokok jagung ni bermasalah juga sama seperti pokok jagung kuning sebelum ni. Saya cuba gunakan dolomite semasa penanaman semula benih jagung untuk tambah micro nutrient dalam tanah. Akhirnya saya berjaya menambah baik pembesaran pokok jagung dan ianya lebih seragam berbanding sebelum ini. Caranya ialah, saya gemburkan semula batas sedia ada, kemudian taburkan serbuk dolomite ke atas batas, taburkan baja tahi ayam dan kemudian semai benih terus ke atas batas.

Pokok membesar dengan seragam dan sangat subur selama sebulan. Saya ada siram pokok dengan baja urea semasa pokok berumur 2 minggu dan 3 minggu. Selepas sebulan, saya nampak ada tanda kehadian ulat pemakan daun lalu saya semburkan cuka kayu pada daun dan batang. Ulat hanya berkurangan tetapi masih. Saya semburkan kali ke 2 seminggu kemudian. Selepas 3 hari saya datang semula ke kebun dan saya dapati daun pada bahagian paling bawah pokok jagung sudah mulai kekuningan. Ingatkan disebabkan kesan cuka kayu. Pada keesokan harinya, keadaan pokok semakin teruk dan ada yang mulai layu dan mati. Kali ni memang saya betul-betul kecewa kerana gagal sekali lagi dan telah menghabiskan duit berbelas2 ribu selama 4 bulan. Saya cakap dengan suami dan suami bagitahu dia rasa tanah yang kami sewa tu sebenarnya adalah tanah sumpahan. Mana tidaknya, apabila daun pokok kekuningan, kami siram dengan air baja, tak cukup baja eco yang dikatakan penyebab pokok kekurangan zat, kami guna baja NPK Yaramila dan kemudian baja urea tetapi dirasakan cara pembajaan tak betul jadi kami tanam pula baja ke dalam tanah berhampiran pokok tetapi pokok tetap layu dan mati juga



Saya google untuk mengenalpasti unsur apa yang menyebabkan daun pokok jagung berubah menjadi kekuningan. Saya dapat info yang sangat berguna daripada laman ini 
http://mzfertigasi.blogspot.com/2017/03/sintom-kekurangan-unsur-mineral.html. Daripada perbandingan keadaan daun dengan gambar yang ditunjukkan, sebenarnya 90% pokok saya dijangkiti penyakit. Hanya segelintir pokok sahaja yang kekurangan nutrient. Baru saya sedar rupa-rupanya saya dan suami yang terkena sumpahan kealpaan sendiri. Kalaulah tahu awal-awal lagi saya semburkan racun kulat Mancozeb 80% pada pokok. Walaupun saya rasa sudah terlambat kerana hampir kesemua pokok sudah dijangkiti termasuk yang baru seminggu tanam, kami tetap sembur racun kulat pada daun pokok yang bermasalah. Ini adalah akibat bercucuk tanam tanpa ilmu. Nah tengok hasil jagung ungu yang saya tuai setelah 2 bulan lebih ditanam 







No comments:

Post a Comment

Jagung Manis Tanah Sumpahan

Setelah empat bulan berhempas pulas usahakan tanah termasuk tiga bulan untuk tanaman jagung, akhirnya saya kecewa kerana sudah gagal untuk k...