Thursday, July 6, 2017

Kurang 24 Jam di Battambang, Kemboja


Kurang 24 jam berada di Battambang, Kemboja.. tapi kenangannya setiap saat buat saya tersenyum.. entah kenapa.. sebab suasana kampungnya atau suasana petang yang buat hati rasa sayu sunyi atau sebab berada di sana pada masa yang amat singkat.. Kami bertolak daripada Siem Reap pada 15 Mac 2017 pukul 9:00 pagi dengan menaiki bas. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke destinasi. Tak ada apa yang menarik sangat nak dikongsi berkaitan pengalaman menaiki bas daripada Siem Reap ke Battambang..  Tambang bas berharga USD 6 hingga USD 9 per person. Boleh pilih pelbagai jenis kenderaan samada bas, minibus, van atau VIP van pada harga yang berlainan.Tiba di destinasi pada pukul 2 petang lebih lewat daripada yang dijangka iaitu pukul 1:30 ptg.. sampai sahaja di perhentian terakhir bas kami, ramai pemandu tuk2 sedang menunggu pelanggan dan itu dah buatkan saya tak nak turun bas.. saya dah bangun daripada tempat duduk dalam bas tapi sampai depan pintu saya pergi duduk semula di tempat tadi.. tak suka suasana macam tu.. bila semua orang dah turun saya yang terakhir turun dan terus lari ke belakang bas nak elak daripada di sapa pemandu tuk2.. sebabnya hotel yang kami tempah tu dah hantar pemandu tuk2 untuk fetch kami di situ.. dengan yakin datang seorang lelaki berwajah ala2 cina dengan sekeping kertas tertulas "Royal Hotel" "Asia Hotel" dan beberapa hotel lagi.. saya terus mengangguk dan kami ikut dia nak tuk2... perasaan saya masa tu tak rasa macam berada di kemboja. beliau memperkenalkan diri sebagai Mr. Titi.. Mr. Titi iaitu pemandu tuk2 yang jemput kami berwajah cina sebijik macam wajah2 orang Malaysia. saya tak rasa asing dengan dia mungkin sebab dia sebaya saya, peramah dan wajahnya yang agak familiar...

Sesampai je di hotel Mr. Titi menawarkan perkhidmatan tuk2 nya untuk menghantar kami ke tempat pilihan yang bersesuaian dengan masa kami. kami hanya ada setengah hari sahaja di Battambang untuk membuat lawatan di tempat2 menarik di situ.. saya bersetuju untuk mengambil pakej yang ditawarkan dengan harga USD 20 untuk merasai pengalaman menaiki Bamboo Train, melawat Killing Caves, Bukit Phnom Sampov dan melihat jutaan kelawar keluar pada pukul 7:30 malam daripada Bat Cave. Berbaloi sebab dia aturkan masa yang ada sepadat mungkin kerana lawatan kami akan bermula pada pukul 2:30 ptg..


Merasai Keseronokan Menaiki Bamboo Train di Battambang


Di stesen Bamboo Train.. Yang sedang berjalan tu En. Titi

Di Battambang, aktiviti santai yang paling popular di sini ialah Bamboo Train. Caj USD 5/person/return untuk perjalanan sejauh 8 km pergi dan balik. Tip untuk driver Bamboo Train pula bagilah USD 1. Bamboo Train ni akan berhenti di tempat jual-jual perhiasan dan pakaian dan kemudian patah balik semula ke stesen mula-mula tadi. Boleh cuba yer.. Serius menyeronokkan. Kat bawah tu gambar sepanjang perjalanan menaiki keretapi buluh ni..

Orang Perancis berbual dengan budak2 Kemboja


Train bertembung.




Trek keretapi.. 4 km panjang nya






Bila kami sampai di penghujung laluan keretapi ni.. mereka rehat 15 minit di sana.. masa tu kami ambil peluang untuk meninjau kawasan kedai2 yang ada disitu.. jumpa satu kedai makcik ni dan kami lepak di situ sambil minum air kelapa.. 1 biji USD 1.. kami borak2 dengan makcik penjual tu yang memulakan perbualan dengan bertanyakan kami daripada mana dalam bahasa Khmer tapi kami masih juga jawab dalam English.. dapat agak sikit2 apa yang ditanya.. dia ketawa sebab ingatkan kami orang Khmer.. kami dah terbiasa begitu kerana sepanjang di Siem Reap pun orang tersilap ingat kami ni sebangsa dengan mereka... Bila dah cukup 15 minit driver train tadi panggil kami juga dalam bahasa Khmer.. makcik tadi tolong cakap dalam bahasa Khmer bahawa kami bukan bangsa Khmer.. respon pemandu tadi sama macam makcik penjual kelapa tu.. ketawa.. kemuadian makcik tadi terjemahkan perbualan mereka kepada kami dan beritahu kami yang masa untuk balik ke stesen dah sampai.. persoalannya adakah betul Melayu dan Khmer ni bukan sebangsa?? haha.. raut wajah memang sama..



masa tengah tunggu pemandu siapkan train untuk kami naik, makcik dengan basikal (gambar kat atas) ni pula menyapa kami dalam Bahasa Khmer.. tapi saya jawab "We are from Malay".. makcik tu bertanya lagi tapi saya tak faham.. kemudian ada seorang budak perempuan mungkin berusia 4 atau 5 tahun bertanyakan kepada kami "do you speak Khmer?" Saya jawab "No". Budak kecil tu yang terjemahkan kepada makcik tadi.. Kagum tengok budak sekecil tu petah berkomunikasi dalam bahasa inggeris.. :) kami menaiki train ke stesen train.. sesampainya di sana ada seorang lelaki bertanyakan kepada kami menggunakan bahasa Khmer lagi.. kami senyum je.. kemudian kedengaran pemandu train menyebut "... Malay...". kemudian lelaki tu mengajukan soalan dalam bahasa inggeris.. "do you happy with the experience?" kami jawab "yes!" ala2 budak tadika gitu.. kemudian dia cakap "tip the driver".. la.. nak mintak tip rupanya.. haha..

Meneruskan Perjalanan ke Killing Caves, Bukit Phnom Sampov dan Bat Caves

En. Titi membawa kami ke tempat seterusnya menaiki tuk2.. merasai angin petang di Battambang ni betul2 menggamit perasaan saya.. perasaan suami dan anak saya tak tahu.. saya pandang anak saya yang sedang menyusu dan melihat pemandangan sekeliling.. sukar untuk digambarkan.. seolah2 ada sesuatu yang buatkan hati saya rasa sayu... tapi serius.. saya rindukan perasaan itu.. saya cuba rungkaikan kenapa perasaan tu hadir masa saya berada di Battambang sahaja?? hmmm...

Sesampai di kaki bukit En Titi mencadangkan kepada kami supaya mengambil perkhidmatan Jeep untuk bawa kami ke atas bukit untuk ke Killing Caves dan Phnom Sampov sebab kami bawa anak kecil dan bukit tu agak curam.. saya setuju dan En. Titi tolong beritahu makcik penjual tiket yang kami sekeluarga nak guna jeep.. saya tak faham apa yang En Titi beritahu makcik tu.. makcik tu dengan yakin berkomunikasi dengan kami menggunakan bahasa Khmer dan saya dah tentu tengok saja dan senyum sebab tak faham.. kemudian En Titi tanya kami "do you understand?.. saya jawab "No.".. makcik tu dengan tidak semena2 cuba nak pukul En Titi tadi.. haha.. saya pun tergelak masa tu.. rupanya En Titi tak beritahu yang kami bukan bangsa Khmer.. dia suruh makcik tu berurusan sendiri dengan saya dengan bahasa Khmer..

En Titi beritahu saya tambang jeep adalah USD 15 satu jeep dan saya setuju.. saya masih ingat lagi macam mana En Titi layan kami.. sangat baik dan berhemah... En Titi hanya berkomunikasi dan bincang apa2 dengan saya bukan dengan suami sebab suami tak nak berbahasa inggeris.. segala keputusan saya yang tolong buatkan dan suami ikut je.. dah bayar semua ada jeep sampai dan kami menaiki jeep ke atas bukit.. saya lupa nama pemandu jeep nie.. tiba2 datang seorang pakcik Khmer ni yang sedang terlalu teruja bila dapat tahu kami dari Malaysia, siap bercerita yang dia ada kenal seorang jurutera daripada Malaysia yang pernah sampai ke sana sampaikan jeep kami dah nak gerak pun dia tak berhenti bercakap, jeep dah gerak pun masih lagi kedengaran suara dia bercerita.. kami senyum je sambil dengar walaupun dah makin jauh.. mungkin sebab dia jarang jumpa orang Malaysia datang ke tempat tu kot.. ramai mat salleh je.. bila dah jauh ckit je tu dari tempat tadi pemandu jeep tu cakap "I'm very surprised that Malay are very similar with Khmer. I thought both of you are Khmer".. macam biasa.. kami senyum je.. dan saya pun nak cakap.. pemandu jeep ni muka sebijik muka Melayu.. memang sepanjang perjalanan saya perhatikan dan lihat bangsa Khmer ni wajahnya dan warna kulitnya sebijik Melayu...






berdekatan watt




Killing Caves





bahagian atas bukit..

 ada satu tempat di atas bukit yang disediakan kerusi untuk pengunjung duduk dan berehat sambil menikmati pemandangan Battambang.. akan ada orang yang akan panggil pengunjung supaya memberikan sumbangan.. mungkin untuk kuil atau apa saya tak tahu.. kami juga disapa untuk kesana dan kami pergi kemudian lelaki Khmer merangkap pakcik bertutur dalam bahasa Khmer lagi dengan kami.. saya jawab "Malaysia".. dia balas.. "Malaysia.. Cambodia.. yaa.. ya...".. kami senyum kemudian ketawa...  selesai semua tempat tu kami turun kebawah dengan menaiki jeep tadi dan lepak di kedai untuk tunggu waktu keluar keluar gua pada pukul 7:30 mlm...


ruang menunggu sambil minum2.. ada makanan dan air dijual


sedang menuggu kelawar keluar

mat salleh paling ramai..

selesai semua tu En. Titi datang ambil kami dan waktu tu sekitar pukul 8 mlm dan kami di bawa pulang ke Hotel.. balik, makan dan berehat untuk meneruskan perjalanan ke Phnom Penh keesokan harinya..

No comments:

Post a Comment

Jagung Manis Tanah Sumpahan

Setelah empat bulan berhempas pulas usahakan tanah termasuk tiga bulan untuk tanaman jagung, akhirnya saya kecewa kerana sudah gagal untuk k...