Thursday, July 6, 2017

Sunset Dinner Cruise di Sungai Mekong, Phnom Penh - Kemboja


Bercuti ke Phnom Penh tak lengkap rasanya kalau tak cuba naik Cruise round tasik. Di Phnom Penh ada banyak syarikat kapal yang menawarkan pakej pusing tasik dengan menaiki kapal samada pada seharian, semasa makan tengah hari atau semasa makan malam. Kalau ada sape2 yang berminat boleh cuba pakej-pakej ni. Boleh lawati beberapa laman web cruise ni..

http://crocodilecruise.com/index.php?Id=00019

http://www.phoceamekong.com/en/our-cruises/romantic-cruises/sunset-cocktail-dinner-cruise-in-front-of-royal-palace/

http://www.cambocruise.com/en atau facebook Cambo Cruise

Saya tak pernah naik dua yang atas tu tapi pernah ambil pakej daripada  CamboCruise. Sunset Dinner Cruise. Yang phocemekong kapalnya agak menarik, cantik dan besar cuma dia tak ada sediakan makanan halal untuk dinner. Kalau CamboCruise dia ada sediakan makanan halal tapi kena request awal-awal. Tapi untuk sape2 yang rasa was2 dengan kehalalan makanan mereka jangan ambil pakej dengan dinner. Ambil pakej Sunset Dinner Cruise tanpa makanan malam. Murah pun murah.. USD 15 je seorang. Dalam CamboCruise ni nanti akan ada penghibur yang memainkan muzik tradisional.. Boleh layan sambil menikmati pemandangan tebing tasik dan matahari terbenam.


Kalau sape2 yang nak feeling romantik ala2 ombak rindu dengan pasangan tu boleh cuba. Masa kami naik CamboCruise ni memang tak ramai orang.. Ada kurang 20 orang dalam cruise tu tak termasuk pekerja. So, memang seronok la.. dapat merasai suasana petang yang tenang, sunyi dan mendamaikan..




berborak dengan penumpang dari Perancis



Yang bestnya CamboCruise ni, dia ada sediakan pengangkutan untuk ambil semua pelanggan dia di hotel-hotel atau guesthouse sekitar bandar Phnom Penh. Free of charge.. Tuk-tuk akan datang ambil dalam pukul 4:30 p.m di hotel..  Balik dari cruise ni kami jalan kaki je... lepas tu jumpa Night Market.. baru tau rupanya dekat je tempatnya dengan hotel yang kami inap.

Pemandangan dari tasik

kapal lain lalu..

pemandangan dari dalam kapal

Kalau tentang makanan pula, menu makan malam biasa2 jer.. ayam bakar.. tak sedap sangat.. sekadar nak isi perut boleh la.. Air kena beli sendiri yer.. dia hanya bagi segelas air sahaja masa mula2 naik.. jus oren.. kalau habis kena order dan bayar.. Pakej dengan makan malam USD 24 seorang. Bagi saya, ia agak tak berbaloi sebab tak seberapa menyelerakan.. lagi sedap makanan di Night Market.. Tapi saya layan makan je.. dah ambil pakej termasuk makan malam tak kan nak tolak kan.. hehe.. Round tasik ni selesai sekitar pukul 8 malam.. lepas tu boleh balik ke hotel masing-masing.. :)

No comments:

Post a Comment

Jagung Manis Tanah Sumpahan

Setelah empat bulan berhempas pulas usahakan tanah termasuk tiga bulan untuk tanaman jagung, akhirnya saya kecewa kerana sudah gagal untuk k...