Wednesday, July 5, 2017

Persediaan Melawat Negara CHINA Tanpa Ejen Pelancongan

Entri saya ni sekadar perkongsian sahaja kepada sesiapa yang nak tahu. Saya pasti ramai yang dah sampai ke negara China samada secara sendiri atau melalui ejen pelancongan. Cara mudah untuk melancong atau bercuti adalah dengan menggunakan khidmat ejen pelancongan. Cuma perlu keluarkan duit, bayar dan ikut sahaja itinery yang telah disediakan. Ada yang kata seronok dan ada yang tak seronok melancong dengan kaedah ini. Saya sendiri pun tidak pernah menggunakan khidmat mana-mana ejen pelancongan ketika bercuti sebabnya boleh jimat bajet dan yang paling penting, saya telah jadikan percutian saya sebagai pengembaraan yang bermakna dalam hidup kerana saya sendiri buat persediaan daripada A hingga Z. Itu pengalaman yang amat bermakna bagi saya. Mungkin lain orang, lainlah pula citarasanya. Ramai yang kata, "beraninya pergi China tanpa ejen. Tak takut kena tipu ke?". Haaa... itulah.. belum cuba belum tahu.. Pada pandangan saya, mengembara sendiri ke China tak adalah susah mana. Serius.. seronok lagi pergi sendiri tanpa ejen sebab jadual kita amat flexible cuma penat sedikit ketika nak buat persediaan supaya perjalanan kita lancar. Saya pernah mengembara ke tiga tempat di China dalam tempoh 2 minggu yang mana semua urusannya saya uruskan sendiri. Kepada yang pernah mengembara lebih daripada dua tempat di negara China jangan mencebik pulak yer.. :P..  Perkara pertama yang kena buat untuk ke mengembara ni saya pasti semua orang dah tahu...

Pastikan tempat dan tempah tiket penerbangan.
Tiket penerbangan boleh ditempah secara atas talian sahaja. Mudah dan cepat. Boleh pilih samada nak yang murah atau mahal. Yang murah dan popular untuk mengembara sekarang ni saya rasa AirAsia lah (AirAsia sila bagi komisen tolong promote nie.. hehe..)
Kalau nak selesa dan ada lebih duit boleh tempah tiket penerbangan Malaysia Airlines.
Malaysia Airlines
http://invol.co/clFF6


Kalau saya, saya hanya akan gunakan khidmat penerbangan AirAsia je. Boleh jimat duit untuk kegunaan lain. Tempat tiket AirAsia pun kekadang bukan selalu murah, silap2 sama mahal je dengan tiket penerbangan daripada syarikat lain. Yang ni kena pandai la.. usha2 promosi...
Satu lagi, kalau rancang nak pergi ke lebih daripada satu Wilayah di Negara China, seelok-eloknya jangan beli tiket pergi balik dulu. Beli tiket pergi sahaja dulu. Dah plan elok-elok nak Wilayah terakhir yang nak dilawati tu, baru beli tiket penerbangan daripada Wilayah tu ke Malaysia. Dapat jimat duit keretapi atau etc. Contoh kalau nak melawat tiga tempat seperti Beijing-Zhengzhou-Xi'an. Tiket penerbangan dari Malaysia beli KL-Beijing dan tiket balik beli Xi'an-KL. Tak payah susah2 nak patah balik.. buat penat je.. habis duit lg..

Tempah penginapan
Nak tempah penginapan boleh juga secara online. Banyak je website yang menawarkan tempahan hotel yang murah dan berbaloi seperti..

Agoda.com
http://clnk.in/eY22




Booking.com



atau boleh juga guna yang ni.. "sudah banyak kali saya cakap, tapi apa maknanya pada anda??" ... TRIVAGO. Guna trivago saya rasa paling senang kot sebab dia boleh bandingkan harga bilik daripada website lain. Saya sendiri tak pernah tempah melalui trivago lagi.. baru usha2 je.. Next time pasti akan guna Trivago ni.. anda boleh cuba..
Saya biasanya booking hotel guna booking.com sebab suka booking tanpa bayaran. Bayar bila dah sampai hotel nanti. Agoda pun ok cuma pernah terkena bila booking guna agoda, harganya lain dengan harga sebenar yang hotel tawarkan. Itu yang tak best. Ctrip pun saya tak pernah guna. Saya hanya guna ctrip bila nak tempah tiket keretapi je. Banyak lagi website yang menawarkan tempahan penginapan secara online. Boleh cuba2 cari...

Tempah tiket keretapi
Kalau nak melancong ke wilayah yang berlainan di China boleh lah menggunakan keretapi. Nak guna penerbangan pun boleh, tapi mahal la sikit kosnya. Keretapi lebih murah dan lebih mesra rakyat... hehe... Boleh bercampur dan lihat sendiri keletah masyarakat di sana. Baru lah betul mengembara.. Tiket keretapi boleh di tempah melalui

Harga tak jauh beza dengan tempahan di stesen keretapi. Yang untungnya, tak perlu beratur panjang di stesen dan boleh elak risiko kehabisan tiket yang pastinya boleh mengganggu rancangan perjalanan kita..
dah tempah semua yang perlu, buatlah jadual pengembaraan anda seterperinci mungkin supaya perjalanan tu lancar. Jangan lupa print semua document dan tempahan yang perlu untuk standby. Visa juga jangan lupa pergi buat awal-awal. Bajet kewangan juga kalau boleh buat perincian awal-awal. Tempat apa yang nak dilawati, berapa bayaran masuk, tambang ke sana dan sebagainya. Yang ni penting sangat untuk bajet kos di sana. Makanan halal di China tak susah nak dapat. Harga pun tak mahal, nasi goreng 14 yuan sepinggan pun boleh kongsi dua orang sebab terlalu banyak macam nak makan dua orang dah2..
untuk travel sendiri ni jangan lupa ambil travel insurance takut berlaku apa yang tak diingini di sana kang susah. Lepas tu aktifkanlah kad kredit/debit untuk kegunaan di luar negara. Penting juga tu.. ðŸ˜€

No comments:

Post a Comment

Jagung Manis Tanah Sumpahan

Setelah empat bulan berhempas pulas usahakan tanah termasuk tiga bulan untuk tanaman jagung, akhirnya saya kecewa kerana sudah gagal untuk k...