Nota Santai Tannania
Blog yang menulis tentang pengembaraan, hobi dan pengalaman
Saturday, January 2, 2021
Jagung Manis Tanah Sumpahan
Tuesday, December 29, 2020
Pengalaman Sewa Tanah Untuk Kebun Kapas
Bertahun-tahun teragak-agak untuk sewa tanah bagi memulakan tanaman kapas dalam kebun yang lebih besar. Harapkan beli tanah, tak ada duit tunai sebanyak tu. Yelah, harga tanah pun bukan murah sekarang ni. Dah beberapa lokasi tanah saya lawat tapi masih menangguhkan hasrat tu kerana tidak yakin dengan kemampuan. Disebabkan cabaran dalam perniagaan sedia ada semasa pandemik Covid-19 pada tahun yang suram 2020 ni, saya nekad sewa sebidang tanah pertanian dengan keluasan lebih kurang 1.3 ekar. Tak besar mana pun tanah untuk dijadikan kebun kapas ni, bagi saya sudah cukup kerana masih dalam peringkat belajar bercucuk tanam dan memahami kerenah pokok-pokok dan bidang pertanian ni.
Setelah selesai urusan penyewaan, saya mula mencari benih kapas secara online. Ramai yang jualnya secara online. Dulu saya dapatkan biji benih daripada penjual tempatan dalam Shopee dan Lazada dan saya tidak tahu nama saintifik dan nama panggilan kapas yang sudah saya tanam. Jadi, saya cuba dapatkan benih kapas daripada laman sesawang daripada luar Malaysia iaitu US. Setelah saya buat bayaran, baru saya perasan yang saya terlupa buat bayaran untuk kos penghantaran. Bila ditanya pada penjual itu, dia pula yang tanya saya perlukan Phytosanitary Certificate atau tidak untuk urusan Kastam nanti. Terus saya bagitahu dia untuk tanya jabatan berkaitan terlebih dahulu tentang pengimportan tumbuhan dan bahagian-bahagian tumbuhan. Saya hubungi jabatan pertanian, dia suruh saya hubungi Jabatan Kuarantin di Wisma Tani. Rupa-rupanya untuk mengimport apa-apa tumbuhan, biji benih, keratan atau apa-apa sahaja berkaitan tanaman perlukan permit import daripada MAQIS. Disebabkan kapas adalah komoditi baharu jadi saya perlu dapatkan Phytosanitary Certificate dan Permit Import sebelum membawa masuk ke dalam Malaysia. Ingatkan nak bawa masuk tanaman tidak ada apa-apa dokumen yang diperlukan. Nasib baik belum import, kalau tidak sudah jadi penyeludup saya ni.. Cuma yang saya khuatir, kalau benih kapas adalah komoditi baharu, macam mana orang-orang tempatan ada tanaman berkenaan. Saya ada baca tentang cerita pengalaman tanam kapas dalam blog-blog tempatan. Atau memang pokok kapas sedia ada di Malaysia cuma tidak popular? Atau maksud komoditi baharu oleh MAQIS tu adalah komoditi baharu yang akan diimport?
Banyak sangat urusan dan kos yang saya perlu untuk dapatkan permit import kerana nilai matawang US yang lebih tinggi, jadi saya batalkan hasrat untuk mengimport benih kapas. Tanam dengan apa yang ada sahaja lebih senang. Tidak perlu pening-pening kepala sangat. Saya mulakan tanaman kapas ni dengan menyemainya di rumah kemudian pindahkan anak pokok ke dalam polibeg. Selepas anak pokok sudah mempunyai 4 daun, saya pindahkan anak pokok ke tanah. Satu masalah besar yang saya hadapi ialah masalah air. Masa nampak iklan sewa tanah ni dulu, agen tu tulis dalam Mudah.my kata elektrik dan air kongsi dengan penyewa kedai makan sebab dua-dua tuan tanah yang sama. Bila saya berjumpa tuan tanah, dia tak galakkan saya kongsi bekalan air, dan dia cadangkan saya masukkan satu meter air baharu. Itu untuk elakkan masalah berbangkit tentang bil air depan hari. Jadi saya bertanyakan pada SAINS dan dia sarankan saya lantik kontraktor untuk pasang meter pada kos lebih RM 2000 bergantung pada kontraktor. Harga itu termasuk deposit air katanya. Yang mahal tu kerana tanah tu dah dikira tanah kebun / komersil bukan untuk kegunaan domestik macam rumah. Pening kepala juga. Kos terlalu besar untuk memulakan pertanian di tanah itu. Yelah, upah tolak tanah RM 450, gembur RM 450 dan rotor RM 450 dah jumlahnya RM 1350. Deposit sewa sudah RM 2160. Belum kira sewa bulan-bulan, kos biji benih, tanah, baja, minyak kereta ulang alik Kajang-Lenggeng lagi.. Hampir putus asa dengan baby pun baru umur 6 bulan, masih belum pandai duduk lagi kena dukung jelah buat kerja.
Untuk selamatkan pokok kapas yang saya dah tanam ke tanah, saya isikan air dalam botol sabun dari rumah penuh bonet tiap kali ke sana dan saya cucukkan penitis untuk titiskan air kepada pokok secara berterusan. Jujur saya cakap, penat giler angkut air dari rumah macam kerja tak masuk akal pun ada angkut air untuk tanah seluas tu. Nak dijadikan cerita, penyewa kedai makan/karaoke tu rupa-rupanya ada masalah dengan tuan tanah, bila saya menyewa di situ disangkanya saya mencuri air untuk tanam pokok. Barangkali dia nampak saya letakkan anak pokok di lantai simen berdekatan kedai dia. Saya ingatkan lantai tu tuan tanah punya rupanya penyewa sebelum ni yang bina. Saya sendiri pun tak pernah perasan ada paip di situ sebab paipnya rendah sangat sampai lah adik saya bagi tahu ada paip di situ nanti bincanglah dengan penyewa kedai makan kongsi air. Buruk nama disangka pencuri air pula. Mungkin anak-anak ada buka paip air dia pun saya tak tahu. Saya tegur suami yang dah 2 kali kecemasan perlu gunakan tandas, dia guna tandas orang tu yang orang ingat curi air. Saya nak ke tandas pun saya ke stesen minyak. Pernah juga nampak tuan tanah guna tandas mungkin sebab basah jadi dia buruk sangka saya curi air. Hujung bulan, bil air dia masih sama seperti bulan sebelumnya tapi saya dah berasa terkilan kerana disangka pencuri air.
Jadinya, saya bincang dengan penyewa kedai makan untuk kongsi air. Yang buatkan saya tahu diaorang syak saya curi air tu sebab penyewa kedai makan tu bagitahu dia kunci meter air. Memang rasa tak sedap hati tapi nak buat macam mana, perangai dan fikiran orang ni bukan kita boleh kawal. Saya dah bagitahu dia kata saya akan bayar semua bil air termasuk bil dia jika dia bagi saya kongsi air. Dia kata dia akan bincang dengan penyewa karaoke pula sebab diaorang kongsi juga. Penyewa Karaoke pula ajak saya jumpa dia untuk bincang pasal tu dan dia nak minta deposit yang tak akan dipulangkan sebanyak RM 200. Kalau deposit sepatutnya dipulangkan lah. Dah bagitahu nak bayar semua bil air tapi minta RM 200 lagi. Dia siap bagi tahu saya yang dia kunci meter air baru-baru ni kerana syak ada orang curi air dia. Bila dia dah jelaskan isu-isu yang sepatutnya tidak berkaitan dengan saya pun, disebabkan terdesak jadi saya setuju bayarkan tunggakan air dia RM 200 seperti yang diminta. Nak buat macam mana, harap esok-esok Tuhan permudahkan kerja dia tak jadi macam saya huru-hara dan berhabis pada benda yang tak sepatutnya. Rasa menyesal pun ada menyewa tanah yang bermasalah dengan manusia-manusia di atasnya. Benda sudah jadi, telan sajalah. Kalau tanya saya nak sambung atau tidak sewa tanah tu selepas 2 tahun nanti, saya akan katakan TIDAK!! Kalau masalah ni selesai mungkin lah kan.
Selesai masalah air, saya teruskan dengan penanaman kapas, tapi saya bahagikan tanah tu kepada 2 bahagian untuk kurangkan risiko kerana masih tak tahu pasaran kapas macam mana nanti. Satu bahagian saya cadang untuk tanam sayur-sayuran. Saya mula dengan sayuran jagung tapi jagung tak sempat besar dah dimakan lembu. Pokok kapas pula habis patah dan mati dipijak-pijaknya. Penat kerja macam ni duit banyak habis tapi hasil satu pun tak ada. Nak upah orang buat pagar kosnya besar boleh cecah RM 10k dan yang paling penting, tanah tu saya hanya sewa, tak nak bazirkan duit untuk orang lain. Suami sanggup buatkan pagar, tapi buat sorang-sorang setiap hujung minggu memang makan masa. Dah hampir 3 bulan baru siap tutup bahagian yang lembu masuk sahaja tapi rasa macam dah cukup untuk sementara ni. Tu pun habis lebih RM 1k untuk kos simen, besi, dan kawat duri walaupun buat sendiri. Dah siap pagar, baru nampak ada pokok jagung yang hanya tinggi sekaki walaupun dah tanam 2 bulan lebih.. Ada tidak diusik lembu tetapi mati walhal dibaja dan hujan setiap hari. Masa tu saya fikir dah tak mahu buat dah tapi rasa masih terlalu awal nak putus asa. Saya teruskan juga sehingga hari ini dah 4 bulan menyewa di situ. Yang jelas nampak, tanah kat situ tak subur seperti yang disangka dan tanah tersangat kering dan keras walaupun dah di kisar sebelum ni.
Saturday, June 22, 2019
Pokok Kapas Berbunga
Friday, July 7, 2017
Cara Buat Duit Dari Rumah Melalui Involve Asia Affiliate Program
Thursday, July 6, 2017
Merasai Sendiri Pengalaman Menaiki Keretapi Di China
Menaiki Keretapi Dari Beijing ke Zhengzhou
Saya dapatkan tiket di stesen keretapi walaupun dah buat tempahan dengan Ctrip.. ya lah.. masa tu tak percaya sangat dengan website2 nie.. saya tempah dengan Ctrip tanpa buat bayaran, ini bermakna tiada jaminan tiket tu saya punya.. saya bawa tempahan saya tu ke stesen keretapi dan tunjukkan kertas tempahan yang saya print.. penjual tiket tu carikan tiket untuk saya dan saya buat bayaran di situ.. yang lecehnya saya terpaksa beratur panjang lebih 30 orang di hadapan saya dengan beberapa barisan lain di kiri dan kanan saya penuh dengan pelanggan lain yang sedang menunggu giliran untuk beli tiket.. dah tu satu hal saya nak cari stesen tempat nak beli tiket rata2 saya tanya jurujual di kedai2 berhampiran dan beberapa orang tempatan yang saya jumpa semuanya tidak dapat membantu kerana masalah bahasa... main isyarat2 je.. nasib baik saya bawa kertas yang saya dah tulis dalam tulisan cina perkataan "火车票" yang bermaksud tiket keretapi dan destinasi yang saya nak pergi.. sangat2 membantu.. nak harapkan saya bertutur bahasa mandarin orang tak faham.. saya cakap sepatah orang balas 10 patah, dua atau tiga perkataan je saya faham.. belajar bahasan mandarin sampai 4 semester tapi cakap pun tahu sepatah dua je.. teruk kan?.. haha..
Kerana perut yang tersangat lapar, jadi kami pergi beli mi segera di kedai berdekatan dan cari tempat duduk.. tak ada kosong juga.. last2 nampak ada beberapa warga tempatan makan di tangga di tepi sebuah restoran.. bila mereka beredar, kami duduk di situ.. baru nak buka makanan tiba2 pekerja restoran tu menegur kami dan tak benarkan makan di situ.. dan di membawa penyapu bersama.. ingat nak pukul kami.. rupanya dia nak cuci tangga tu sebab orang yang makan sebelum kami tu dah kotorkan lantai dan buang sampah disitu.. jadi kami bangun dan beredar dari tangga tu dan makan berdiri lah kami di stesen keretapi tu..
Tepat 9:45 malam dah tiba masa kami untuk menaiki keretapi.. orang ramai pun dah mula beratur.. urusan semakan tiket untuk menaiki keretapi lancar dan kami dibernarkan menaiki keretapi. masa tu boleh tengok macam2 ragam penumpang bawa barang2 masuk keretapi.. ada yang memikul guni, ada yang mengheret bungkusan, ada yang mengheret beg, ada yang main campak je beg menuruni tangga dan ada juga yang luncurkan beg di atas besi pemegang tangga dan last2 kena tegur dengan pengawal di situ.. penumpang menuju ke gerabak masing2.. kami masuk gerabak dan mencari tempat duduk mengikut nombor yang telah diberi tapi malangnya ada orang lain yang duduk di tempat kami.. bahagian simpanan barang di bahagian atas tempat duduk kami juga diisi barang orang lain.. siap guni bagai.. tak ada ruang untuk kami letakkan barang..
Suami berunding dengan perempuan dan lelaki yang duduk di kerusi kami dan dia memberikan ruang kepada kami tetapi meminta untuk menukar tempat duduk sebab dia nak duduk bersebelahan pasangan.. kami setuju.. dia juga yang tolong kami letakkan barang di bahagian simpanan barang.. apa yang dia buat, dia alihkan guna entah siapa yang punya dan kemudian beri ruang untuk kami letakkan barang.. tak lama lepas tu masuk petugas keretapi dan marah2 sebab guna tadi terjojol keluar.. empunya guni pula marah2.. saya pandang lelaki yang tolong kami tadi dan dia senyum.. saya pun buat tidak tahu je lah.. buat2 tak faham..
Kurang 24 Jam di Battambang, Kemboja
Sesampai je di hotel Mr. Titi menawarkan perkhidmatan tuk2 nya untuk menghantar kami ke tempat pilihan yang bersesuaian dengan masa kami. kami hanya ada setengah hari sahaja di Battambang untuk membuat lawatan di tempat2 menarik di situ.. saya bersetuju untuk mengambil pakej yang ditawarkan dengan harga USD 20 untuk merasai pengalaman menaiki Bamboo Train, melawat Killing Caves, Bukit Phnom Sampov dan melihat jutaan kelawar keluar pada pukul 7:30 malam daripada Bat Cave. Berbaloi sebab dia aturkan masa yang ada sepadat mungkin kerana lawatan kami akan bermula pada pukul 2:30 ptg..
Merasai Keseronokan Menaiki Bamboo Train di Battambang
masa tengah tunggu pemandu siapkan train untuk kami naik, makcik dengan basikal (gambar kat atas) ni pula menyapa kami dalam Bahasa Khmer.. tapi saya jawab "We are from Malay".. makcik tu bertanya lagi tapi saya tak faham.. kemudian ada seorang budak perempuan mungkin berusia 4 atau 5 tahun bertanyakan kepada kami "do you speak Khmer?" Saya jawab "No". Budak kecil tu yang terjemahkan kepada makcik tadi.. Kagum tengok budak sekecil tu petah berkomunikasi dalam bahasa inggeris.. :) kami menaiki train ke stesen train.. sesampainya di sana ada seorang lelaki bertanyakan kepada kami menggunakan bahasa Khmer lagi.. kami senyum je.. kemudian kedengaran pemandu train menyebut "... Malay...". kemudian lelaki tu mengajukan soalan dalam bahasa inggeris.. "do you happy with the experience?" kami jawab "yes!" ala2 budak tadika gitu.. kemudian dia cakap "tip the driver".. la.. nak mintak tip rupanya.. haha..
Meneruskan Perjalanan ke Killing Caves, Bukit Phnom Sampov dan Bat Caves
En. Titi membawa kami ke tempat seterusnya menaiki tuk2.. merasai angin petang di Battambang ni betul2 menggamit perasaan saya.. perasaan suami dan anak saya tak tahu.. saya pandang anak saya yang sedang menyusu dan melihat pemandangan sekeliling.. sukar untuk digambarkan.. seolah2 ada sesuatu yang buatkan hati saya rasa sayu... tapi serius.. saya rindukan perasaan itu.. saya cuba rungkaikan kenapa perasaan tu hadir masa saya berada di Battambang sahaja?? hmmm...
Sesampai di kaki bukit En Titi mencadangkan kepada kami supaya mengambil perkhidmatan Jeep untuk bawa kami ke atas bukit untuk ke Killing Caves dan Phnom Sampov sebab kami bawa anak kecil dan bukit tu agak curam.. saya setuju dan En. Titi tolong beritahu makcik penjual tiket yang kami sekeluarga nak guna jeep.. saya tak faham apa yang En Titi beritahu makcik tu.. makcik tu dengan yakin berkomunikasi dengan kami menggunakan bahasa Khmer dan saya dah tentu tengok saja dan senyum sebab tak faham.. kemudian En Titi tanya kami "do you understand?.. saya jawab "No.".. makcik tu dengan tidak semena2 cuba nak pukul En Titi tadi.. haha.. saya pun tergelak masa tu.. rupanya En Titi tak beritahu yang kami bukan bangsa Khmer.. dia suruh makcik tu berurusan sendiri dengan saya dengan bahasa Khmer..
En Titi beritahu saya tambang jeep adalah USD 15 satu jeep dan saya setuju.. saya masih ingat lagi macam mana En Titi layan kami.. sangat baik dan berhemah... En Titi hanya berkomunikasi dan bincang apa2 dengan saya bukan dengan suami sebab suami tak nak berbahasa inggeris.. segala keputusan saya yang tolong buatkan dan suami ikut je.. dah bayar semua ada jeep sampai dan kami menaiki jeep ke atas bukit.. saya lupa nama pemandu jeep nie.. tiba2 datang seorang pakcik Khmer ni yang sedang terlalu teruja bila dapat tahu kami dari Malaysia, siap bercerita yang dia ada kenal seorang jurutera daripada Malaysia yang pernah sampai ke sana sampaikan jeep kami dah nak gerak pun dia tak berhenti bercakap, jeep dah gerak pun masih lagi kedengaran suara dia bercerita.. kami senyum je sambil dengar walaupun dah makin jauh.. mungkin sebab dia jarang jumpa orang Malaysia datang ke tempat tu kot.. ramai mat salleh je.. :)bila dah jauh ckit je tu dari tempat tadi pemandu jeep tu cakap "I'm very surprised that Malay are very similar with Khmer. I thought both of you are Khmer".. macam biasa.. kami senyum je.. dan saya pun nak cakap.. pemandu jeep ni muka sebijik muka Melayu.. memang sepanjang perjalanan saya perhatikan dan lihat bangsa Khmer ni wajahnya dan warna kulitnya sebijik Melayu...
Sunset Dinner Cruise di Sungai Mekong, Phnom Penh - Kemboja
Bercuti ke Phnom Penh tak lengkap rasanya kalau tak cuba naik Cruise round tasik. Di Phnom Penh ada banyak syarikat kapal yang menawarkan pakej pusing tasik dengan menaiki kapal samada pada seharian, semasa makan tengah hari atau semasa makan malam. Kalau ada sape2 yang berminat boleh cuba pakej-pakej ni. Boleh lawati beberapa laman web cruise ni..
http://crocodilecruise.com/index.php?Id=00019
http://www.phoceamekong.com/en/our-cruises/romantic-cruises/sunset-cocktail-dinner-cruise-in-front-of-royal-palace/
http://www.cambocruise.com/en atau facebook Cambo Cruise
Saya tak pernah naik dua yang atas tu tapi pernah ambil pakej daripada CamboCruise. Sunset Dinner Cruise. Yang phocemekong kapalnya agak menarik, cantik dan besar cuma dia tak ada sediakan makanan halal untuk dinner. Kalau CamboCruise dia ada sediakan makanan halal tapi kena request awal-awal. Tapi untuk sape2 yang rasa was2 dengan kehalalan makanan mereka jangan ambil pakej dengan dinner. Ambil pakej Sunset Dinner Cruise tanpa makanan malam. Murah pun murah.. USD 15 je seorang. Dalam CamboCruise ni nanti akan ada penghibur yang memainkan muzik tradisional.. Boleh layan sambil menikmati pemandangan tebing tasik dan matahari terbenam.
Kalau sape2 yang nak feeling romantik ala2 ombak rindu dengan pasangan tu boleh cuba. Masa kami naik CamboCruise ni memang tak ramai orang.. Ada kurang 20 orang dalam cruise tu tak termasuk pekerja. So, memang seronok la.. dapat merasai suasana petang yang tenang, sunyi dan mendamaikan..
Jagung Manis Tanah Sumpahan
Setelah empat bulan berhempas pulas usahakan tanah termasuk tiga bulan untuk tanaman jagung, akhirnya saya kecewa kerana sudah gagal untuk k...
-
Bertahun-tahun teragak-agak untuk sewa tanah bagi memulakan tanaman kapas dalam kebun yang lebih besar. Harapkan beli tanah, tak ada duit tu...
-
Setelah empat bulan berhempas pulas usahakan tanah termasuk tiga bulan untuk tanaman jagung, akhirnya saya kecewa kerana sudah gagal untuk k...
-
Bercuti ke Phnom Penh tak lengkap rasanya kalau tak cuba naik Cruise round tasik. Di Phnom Penh ada banyak syarikat kapal yang menawarkan...