Tahun 2019 ni saya mulakan hobi baru iaitu bercucuk tanam pelbagai tanaman. Hasrat pada mulanya hanya untuk kurangkan kos sara hidup, yelah.. bila tinggal di kawasan perumahan keadaannya tak sama semasa tinggal di kampung. Nak2 lagi bila tinggal di kawasan rumah teres yang rumahnya berada ditengah-tengah semua benda kena beli. Kalau di kampung dulu, nak daun pandan, daun limau purut, limau nipis, serai, cili, pelbagai jenis buah-buahan, boleh je ambil di sekeliling rumah. Memang arwah nenek tanam. Bila tinggal di sini rasa lain, nak masak itu, pergi beli, lepas tu dah balik lupa itu ini keluar lagi pergi kedai. Penat..
Dah mula bercucuk tanam ni rasa macam kemaruk pulak. Sudah tanam itu, tanam ini, bila yang ni bercambah tak sempat besar lagi tanam lagi benda lain, last2 kawasan garaj tak muat nak lalu, sesak dengan pokok daripada depan pagar hingga ke dalam. Sampaikan ada beberapa orang datang tanya, "jual ke pokok tu?" "tanam pokok bunga apa?" Haha.. tapi apa pun, saya puas hati.
Dalam penulisan kali ni saya nak cerita tentang pokok kapas je.. Saya ada tanam pokok kacang tanah, pokok durian, nangka, pokok mangga, pokok bunga matahari, tomato, bunga kubis dan lain-lain tapi saya tak fokus pada tanaman ni. Cuma selit-selit je. Yang paling banyak pokok saya ada adalah pokok kapas. Lebih 40 anak pokok. Banyak yang dah besar-besar.
Anak pokok kapas yang berusia seminggu
Gambar yang diambil dari sudut atas
Untuk makluman, pokok kapas ni senang je nak bercambah. Saya guna medium macam dalam gambar di atas pun bercambah, saya benamkan terus dalam tanah yang beli di kedai DIY pun bercambah juga. Senang je. Masa awal-awal percambahan tak perlukan sinar matahari pun. Tapi bila dah besar macam ni kena dedahkan dibawah cahaya matahari supaya pokok boleh membesar dengan baik. Daripada apa yang saya perhatikan, pokok kapas sebesar ni yang batangnya masih lembut, sekali patah, memang akan mati. Sensitif jugak la..
Bila dah besar sikit dalam kira-kira 2 minggu, saya alihkan ke dalam polibeg. Dah sebulan, saya alihkan lagi ke dalam pasu sebabnya batang dia dah mula jadi merah dan dia lambat membesar. Bila diletakkan ke dalam pasu, baru nampak dia cepat membesar. Sekarang kebanyakan pokok saya dah alihkan ke dalam pasu. Tapi sehingga hari ini, ada lebih 20 anak pokok lagi belum ada pasu. Ruang sudah penuh.. hmm.. risau juga fikirkan anak pokok yang belum berpasu ni, tak nak bagi dia rosak dan terbantut tapi apakan daya, ruang sudah tak ada...
Hari ni pagi 22 June 2019, saya nampak hasil awal tanaman pokok kapas ni. Saya nampak ada keluar satu bunga warna krim.. Teruja betul saya tengok bunga kapas ni.. senyum je hari ni.. nak buat macam mana, tak pernah tengok bunga kapas depan mata. Haha..
Haa.. ini bunganya.. cantik kan.. warna putih krim. Pokok ni kalau tak silap saya tanam pertengahan April 2019.
Ni rupa pokok kapas yang lain-lain.. ada yang tak nak membesar pun..
Saya dah beberapa kali keluar rumah hari ni semata-mata nak tengok bunga kapas. Daripada pagi sampai ke petang, rasanya lebih 10 kali dah. Bila petang, saya nampak bunga kapas tu berubah warna daripada krim kepada sedikit merah jambu. Agak cepat berubah, saya ingatkan akan ambil masa 2 ke 3 hari baru berubah warna. Rupanya tak sampai satu hari pun.
Dah berubah warna..
Yang ni baru berputik, belum keluar bunga..
Sayangnya saya tak ada tanah untuk tanam pokok kapas ni banyak-banyak. Kalau tak, memang cantik la bila bunga keluar banyak-banyak. Penggemar bunga.. sape tak suka bunga kan.. Tak sabar nak tunggu keluar kapas. Tu baru betul2 hasil. Tanam pokok kapas, dapat kapas. Saya ada cita-cita dengan tanaman kapas ni, tapi disebabkan masalah modal, saya tak dapat nak buat cepat. Jadi slow2 kayuh lah.. kalau ada rezeki, tercapailah cita2 tu kan.. Nanti saya tengok apa perkembangan pokok kapas dan saya update. Tu pun kalau rajin lah..